OBJEKTIF:
Mendapatkan maklumat tentang aktiviti sistem pengoperasian dan mengendalikan system tools, control panel dan menguruskan fail dan folder. Menilai keberkesanan, kecekapan dan keselamatan hasil dan proses aktiviti yang dijalankan.
Tajuk: LA1 – Penyelenggaraan Perkakasan Sistem Pengoperasian
OBJEKTIF:
Selepas proses kerja ini pelajar mesti boleh:
1. Mengendalikan system tools iaitu disk defragmenter dan disk cleanup.
2. Mengendalikan fungsi-fungsi pada control panel iaitu date and time, appearance and personalization, Programs (Uninstall or Change a Program) dan ease of access.
3. Mengurus fail dan folder serta menggunakan kekunci pintas untuk mengendalikan sistem pengoperasian dengan lebih cekap dan efisyen.
ARAHAN AM:
1. Pastikan kabel-kabel perkakasan komputer telah dipasang.
2. Pastikan komputer telah dihidupkan.
3. Memastikan perkakasan komputer berfungsi sepenuhnya.
1.0 APL1 – KENDALIKAN SYSTEM TOOLS
1.1 Kenalpasti ikon dan menyatakan fungsi bagi setiap ikon yang terdapat di system tools.
1.2 Kendalikan proses disk defragmenter :
1.2.1 Terangkan tujuan utama melaksanakan disk defragmenter.
1.2.2 Senaraikan langkah demi langkah untuk melaksanakan proses disk defragmenter.
1.3 Kendalikan proses disk cleanup :
1.3.1 Nyatakan fungsi disk cleanup.
1.3.2 Senaraikan langkah demi langkah untuk melaksanakan proses disk cleanup.
1.4 Mengarahkan pelajar untuk menghasilkan laporan lengkap untuk pengendalian system tools.
2.0 APL 2 – KENDALIKAN CONTROL PANEL
2.1 Kenalpasti dan padankan setiap ikon-ikon yang terdapat dalam control panel dengan menggunakan Lampiran 5.
2.2 Ubah penetapan Date and Time.
2.1 Kendalikan Appearance and Personalization :
2.1.1 Modifikasikan sekitaran windows 7.
2.1.2 Terangkan kegunaan setiap fungsi yang terdapat pada Appearance and Personalization.
2.2 Kendalikan Programs ( Uninstall or Change a Program) :
2.4.1 Berikan fungsi ikon dalam Programs ( Uninstall or Change a Program).
2.4.2 Susunkan gambarajah untuk proses membuang atau mengubah instalasi
sesuatu program ( Uninstall or Change a Program).
2.3 Menghuraikan Kegunaan Start on-Screen Keyboard dan Start Magnifier pada ikon
Ease of Access.
2.6 Mengarahkan pelajar untuk menghasilkan laporan lengkap untuk pengendalian control panel.
3.0 APL3 – MENGURUS FAIL DAN FOLDER
3.1 Kenalpasti langkah-langkah untuk mengurus fail dan folder seperti berikut :
3.1.1 Membina fail dan folder
3.1.2 Menamakan fail dan folder
3.1.3 Menyalin dan menampal fail dan folder
3.1.4 Memadam fail dan folder
3.2 Senaraikan kekunci pintas yang digunakan untuk mengendalikan sistem pengoperasian.
3.3 Mengarahkan pelajar untuk menghasilkan laporan lengkap untuk pengurusan fail dan folder.
No comments:
Post a Comment