OBJEKTIF:
i) Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam penyelenggaraan perkakasan system pengoperasian.
ii) Melaksanakan tugas-tugasan seperti pengendalian perkakasan computer, mempraktikkan asas system pengoperasian komputer dan mengendalikan backup storan dengan tepat, sempurna dan betul.
iii) Menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat sepertimana yang ditetapkan di dalam manual teknikal atau spesifikasi pengeluar.
Tajuk: LA1 – Penyelenggaraan Perkakasan Sistem Pengoperasian
OBJEKTIF:
Selepas proses kerja ini pelajar mesti boleh:
1. Melabelkan perkakasan komputer
2. Memasang perkakasan komputer
3. Menguji pemasangan dan kebolehgunaan perkakasan komputer
ARAHAN AM:
1. Pastikan perkakasan lengkap di label, dipasang dan diuji.
2. Pastikan peralatan dan bahan disediakan sebelum kerja dilakukan.
3. Memastikan alatan dan bahan yang disediakan berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
4. Keselamatan diri, penggunaan alat dengan betul dan kebersihan kawasan kerja amat dititikberatkan.
5. Elakkan pembaziran bahan.
1.0 APL1 – MELABELKAN PERKAKASAN KOMPUTER
1.1 Berdasarkan arahan pensyarah
1.1.1 Labelkan setiap perkakasan komputer
1.1.2 Terangkan kegunaan setiap perkakasan komputer
1.1.3 Bentangkan hasil tugasan berkumpulan
2.0 APL 2 – MEMASANG PERKAKASAN KOMPUTER
2.1 Berdasarkan arahan pensyarah
2.1.1 Periksa keadaan perkakasan komputer
2.1.2 Periksa port dan kabel pemasangan bagi setiap perkakasan
2.1.3 Lengkapkan pemasangan peralatan komputer
3.0 APL 3 – MENGUJI PEMASANGAN DAN KEBOLEHGUNAAN PERKAKASAN KOMPUTER
3.1 Berdasarkan arahan pensyarah
3.1.1 Uji pemasangan peralatan komputer
3.1.2 Uji kebolehgunaan bagi setiap peralatan komputer
3.1.3 Senaraikan masalah yang timbul semasa proses pengujian dan kebolehgunaan peralatan komputer